RESEPI SHELLOUT HOMEMADE MUDAH DAN SENANG


 



BAHAN- BAHAN;
    SEAFOOD (Ikut selera sendiri)
-Ketam
-Udang
-Sotong
-Lala

SAYUR
-Brokolli
-Jagung
-Lobak Merah

BAHAN KUAH KAMHEONG
-3 biji bwg besar**
-6 ulas bawang putih**
-1 inch halia**
-2 biji bwg merah**
-cili kering segenggam (rebus)**
-1 sudu besar udg kering**
-serai
-daun kari
-daun limau purut
-2 biji bwg merah (hiris)
-1 inch halia (hiris)
-1 packet kecil serbuk kari ikan
-1 kiub knorr ikan bilis
-sos tiram (agak-agak)
-kicap pekat manis (agak-agak)
-minyak masak
-sedikit butter
-Lemon

#blend semua bahan yang bertanda **

BAHAN KUAH BUTTERMILK
-5 ulas bwg putih (hiris)
-2 biji bwg merah (hiris)
-1 inch halia (hiris)
-daun kari 
-butter
-1 tin susu cair
-2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn air)
-sekeping cheese


CARA MEMASAK SHELLOUT KAMHEONG

1) Rebus kesemua sayur dan seafood. Letak tepi. Air rebusan seafood jangan buang..akan digunakan. Bahagikan seafood dan sayur kepada 2 bahagia. sebabnya kita nak buat 2 jenis kuah.

2) Tumis serai, daun kari, bwg merah dan halia sehingga kekuningan.

3) Setelah bahan tumisan kekuningan, masukkan bahan-bahan blend yang bertanda **

4) Masukkan sepacket kecil serbuk kari ikan. Kacau sehingga betul-betul pecah minyak.

5) Setelah pecah minyak, masukkan daun limau purut dan air rebusan seafood tadi sedikit demi sedikit. Kepekatan kuah ikut cita rasa. Nak pekat, tambah sikit je.. nak berkuah, lebihkan air.



6) Masukkan 1 kiub pati knorr ikan bilis dan kacau rata.


7) Masukkan sos tiram dan kicap manis. Gaulkan sebati. Perasakan ikut cita rasa masing-masing.
Boleh masukkan sedikit perahan lemon untuk bagi rasa masam-msam sikit

8) Masukkan sotong. Zira tak rebus dulu sotong sebabnya sotong cepat masak. Jadi kita masukkan je terus sotong.

9) Selepas tu, masukkan pula seafood yang telah direbus

10) Jangan lupa, Masukkan juga sayur-sayuran yang telah direbus tadi. Sayur tak perlu rebus lama. Cukup sekadar empuk

11) Gaul rata dan sebati kesemuanya. Dah sebati, boleh laa tutup api.

TADAAAAAAA!!! Siap sudah shellout kam heong kitaaaa!!!


CARA MEMASAK SHELLOUT BUTTERMILK




1) Cairkan butter. Tumis daun kari, hirisan bwg merah, bwh putih, halia sehingga naik bau dan kekuningan.

2) Setelah bahan tumisan kekuningan, masukkan 1 tin susu cair dan sedikit air rebusan seafood tadi.

3) Masukkan sekeping cheese untuk rasa creamy sedikit. Perasakan kuah dgn sedikit gula dan garam mengikut cita rasa.

4) Masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi kuah likat. Kepekatan kuah ikut cita rasa masing-masing. Boleh adjust.

5) Masukkan sotong dahulu. Sotong tak direbus sebab sotong senang je empuk.

6) Selepas itu, bolehlaa masukkan pula seafood yang telah direbus tadiiii..

7) Tak dilupakan..masukkan juga sayur-sayuran yang telah direbus.

8) Gaul sebati kesemuanyaa sekali.



Ashiappppppppppp sudahhh shellout buttermilk kita. Kompem terangkat..makan pon licin..

Selamat mencuba semua...xoxo..







































       



3 Comments

  1. Wahhhh sedapnyaaa
    Rabia tak pernah makan shell out lg
    Thanks you for recipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylaa rabia buat..sedap sangat.. tambah-tambah kt ganu lagi senang kan nak cari seafood

      Delete