Nivea Creme Sangat Sesuai Untuk Kulit Kering Dan Sensitif

Masuk Watsons,, aku terus serbu bahagian lotion. Aku sejenis orang yang akan apply lotion setiap kali sebelum tidur sebabnya kulit aku jenis sensitif tambah-tambah area kaki. Kalau jenis kulit korang cepat kering dan gatal-gatal..kita geng!!

Sebelum ini aku pernah guna satu lotion ni,,tapi tak berapa sesuai dengan kulit aku (jenama dirahsiakan). Wangi memang wangi..tapi bila aku pakai jerr..tup-tup aku akan menggaru. Kulit aku jadi gatal. So,,aku agak cerewet nak cari lotion ni.

Pilih punya pilih,, Nivea Creme ni jugak menjadi pilihan hati.
Harga promo time aku beli ni RM 7.74. Murahhhhh oiiii

Siap dapat buku cerita lagi untuk kanak-kanak. Yang ni aku beli limited edition. Tengah promo,,sebab tu bekas dia cute gilerrrrr!!!

Struktur dia pekat macam ni. Mula-mula aku tak expect dia ada bau wangi. Tapi,, bila 1st time aku try sapu..bau dia just nice. Bau dia bukan bau wangi semerbak tu. Senang citer,,bau dia macam bau baby!! Im excited!! Tak rugi beli..hehe :)


Kita try calit sikittttt...

Cepat meresap dan yang penting tak melekit!!

Bagi yang curious nak tau pasal ingredients dalam Nivea Creme ni

So far,, aku memang puas hati dengan Nivea Creme ni. Untuk kulit yg kering and sensitif macam aku,, boleh try. Dia tak melekit and jenis cepat meresap. Aku pakai pon tak ada rasa gatal-gatal. 

Kanak-kanak pon boleh pakai.. Tapi kalau untuk budak-budak kecil tu,,elakkan sapu dekat tangan mereka. Kebiasaannya, budak-budak akan jilat tangan dieorang. So,, kalau nak sapu..just sapu bahagian belakang bayi and pinggul sahaja ok.


Sekian......xoxo




3 Comments

  1. Nivea creme ni bukan ada bagi story book utk knk2?

    ReplyDelete
  2. ada2x..buku cerita dia comel tau :)

    ReplyDelete
  3. I don't use nivea but the packaging is cute.

    ReplyDelete