Sharing Is Caring

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
"WHATTTTT!!!!! Hobbs MATI?????"

Semestinyaa...statement tersebut tidak benar. Itu hanya sangkaan aku sahaja sebelum tengok cerita ni. kahkahkah.... Sorry guys.

Seperti yang aku mention kat atas,,,aku bukan spoiler Fast & Furious: Hobbs & Shaw!!!!!

Saja buat korang semua gabra. Cerita ni happy ending dan semua hidup.

Overall aku bagi 9.8/10

Kenapa tingi sangat rating aku bagi?? Korang semua kena pergi tengok dulu baru baru tau kenapa aku bagi rating tinggi macam ni. Aku tak bagi full tu sebab Vin Diesel tak ada jerr dalam movie ni. Kalau ada, dah lama aku bagi full..hahaha :P

Part paling best bila Hobbs dengan Shaw ni bertengkar macam anjing dengan kucing. Dieorang ada love-hate relationship giteww. Serious lawak dan tak kering gusi tengok cerita ni. Bab action scenes..memang superb!!!

 Tapi aku terus terang dengan korang..jangan expect ada scenes lumba-lumba kereta. Sebab memang tak ada! Haha..

Bagi korang yang tak pernah tengok Fast & Furious sebelum-sebelum ni..Jangan risau kalau nak pergi tengok F&F;Hobbs & Shaw ni. Dia tak ada sangkut paut sangat dengan F& F yang lepas-lepas. So,, korang akan faham je jalan cerita dia.

Apa yang aku suka sangat dengan cerita Hollywood ni,, mereka akan perkenalkan tempat-tempat yang menarik. Dalam movie ni..aku suka scene dekat kepulauan Samoa. Part mana pulak scene dekat kepulauan Samao? Itu korang kena pergi tengok sendiri. Aku tak nak cerita lebih-lebih.

Ini lah pemandangan di kepulauan Samoa. Cantik sangat kan!!!

Sedikit info,, Samoa ini sebenarnya nama negara tau. Terletak di selatan Pasifik Tengah. Pada tahun 1899 selepas perang dunia, Samoa terbahagi kepada 2 bahagian iaitu barat (ditakluki oleh Jerman) dan timur (ditakluki oleh Amerika).

Selepas perang dunia pertama, New Zealand berjaya mendapatkan Samoa Barat daripada pihak German. Pada tahun 1962, Samoa Barat berjaya mendapatkan kebebasan dan menamakan negara mereka dengan nama 'Samoa' sahaja.


Movie ni berdurasi lebih kurang 2 jam. Tak terlalu lama macam Avengers:Endgame haritu. Jadi..otot anda tidak akan kekejangan duduk dalam cinema tu..lol

Kesimpulan yang dapat aku katakan... Movie Fast & Furious memang tak mengecewakan!!
Simbolik F&F daripada dulu sampai sekarang adalah 'Persahabatan' dan 'Kekeluargaan'.

Kau sanggup gadaikan nyawa sendiri untuk keluarga kau. Itu key point dia. Ada la jugak scene dia buat air mata aku bergenang. Nak tau lebih lanjuttt..pergi tengok. Confirm tak menyesal!! :)

Sekian daripada cikzierarosli..xoxo 



Masuk Watsons,, aku terus serbu bahagian lotion. Aku sejenis orang yang akan apply lotion setiap kali sebelum tidur sebabnya kulit aku jenis sensitif tambah-tambah area kaki. Kalau jenis kulit korang cepat kering dan gatal-gatal..kita geng!!

Sebelum ini aku pernah guna satu lotion ni,,tapi tak berapa sesuai dengan kulit aku (jenama dirahsiakan). Wangi memang wangi..tapi bila aku pakai jerr..tup-tup aku akan menggaru. Kulit aku jadi gatal. So,,aku agak cerewet nak cari lotion ni.

Pilih punya pilih,, Nivea Creme ni jugak menjadi pilihan hati.
Harga promo time aku beli ni RM 7.74. Murahhhhh oiiii

Siap dapat buku cerita lagi untuk kanak-kanak. Yang ni aku beli limited edition. Tengah promo,,sebab tu bekas dia cute gilerrrrr!!!

Struktur dia pekat macam ni. Mula-mula aku tak expect dia ada bau wangi. Tapi,, bila 1st time aku try sapu..bau dia just nice. Bau dia bukan bau wangi semerbak tu. Senang citer,,bau dia macam bau baby!! Im excited!! Tak rugi beli..hehe :)


Kita try calit sikittttt...

Cepat meresap dan yang penting tak melekit!!

Bagi yang curious nak tau pasal ingredients dalam Nivea Creme ni

So far,, aku memang puas hati dengan Nivea Creme ni. Untuk kulit yg kering and sensitif macam aku,, boleh try. Dia tak melekit and jenis cepat meresap. Aku pakai pon tak ada rasa gatal-gatal. 

Kanak-kanak pon boleh pakai.. Tapi kalau untuk budak-budak kecil tu,,elakkan sapu dekat tangan mereka. Kebiasaannya, budak-budak akan jilat tangan dieorang. So,, kalau nak sapu..just sapu bahagian belakang bayi and pinggul sahaja ok.


Sekian......xoxo





Assalamualaikum...
Seperti biasa..hari jumaat adalah hari cheat day aku. So,, disebabkan aku kerja area bangi, aku akan cari port terdekat dengan office aku..

Dan,, harini tekak aku mengidam makan nasi arab!!!




So,, here iam!! Nasi Arab Al Raudah Bangi

Bagi siapa-siapa tinggal area Bangi, restaurant ni betul-betul berhadapan dengan kedai eco shop Rm2 yang gedabak besar tu. Restaurant ni agak tersorok,,pastikan anda cari betul-betul :)


Mehh tengok menu dia. Aku sertakan sekali price dia. Senang korang nak budget duit..
Untuk yang suka mukadimah,,boleh try appetizer dia

Ini senarai main dishes dia. Ini portion untuk seorang makan. So,, yang single macam aku jangan risau kalau ko nak pergi makan  nasi arab sensorang..hahaha 

Kot time ni gaji ko tengah masyukk,,boleh bawak family makan sini

Ni kalau tekak ko mat saleh,, tapi kawan ajak jugak makan kedai arab. Ko boleh try menu ni ok ;)


Lastly,, pilihan air dia. Simple jerr..takyah pening-pening ko nk buat pilihan..hehe


Jeng-jeng..untuk aku,, aku pilih Chicken Kabsah!!

Sedap weyhhh,, aku suka sambal dia. Ayam dia pon lembut jerr.. Sepinggan ni aku makan tak habis sebab nasi dia bagi aku banyak (selalu aku makan segenggam nasi jer. Diet la katakan..kekeke). So,, untuk korang yang jenis makan sikit,,aku rasa boleh share kot. Jangan membazir macam aku.

Untuk air,, aku pilih Chocolate Ice Blended. Ice blended dia kena dengan tekak aku sebab tak manis sangat.

Overall.. aku boleh katakan sedap dan tak membaziaq duit aku pi kedai ni. Harga pon murah baqhanggg kalau nak dibandingkan dengan kedai nasi arab yang lain.

So, kalau korang teringin nak pergi..boleh waze jerr
Al Raudah Arabian Food Bandar Baru Bangi.

Nahh..aku sertakan sekali name card dia. Apa-apa boleh call no tertera

Sekian untuk kali ini...xoxo :)










Newer Posts Home

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Powered By Blogger

Archive

  • ►  2021 (4)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
  • ▼  2019 (3)
    • ▼  August (3)
      • Aku Bukan Spoiler Fast & Furious: Hobbs & Shaw
      • Nivea Creme Sangat Sesuai Untuk Kulit Kering Dan S...
      • NASI ARAB AL RAUDAH BANGI

Blog Archive

  • September 2021 (3)
  • August 2021 (1)
  • August 2019 (3)

ABOUT ME

ABOUT ME
Im ziera, a blogger and also professional wealth advisor

Advertisement

Responsive Advertisement
  • Home
  • About
  • Contact
  • RESEPI MASAKAN
  • _Multi DropDown
  • __DropDown 1
  • __DropDown 2
  • __DropDown 3

Popular Posts

Popular Posts

  • BEZA POST EFFECT LEPAS SUNTIK VACCINE AZ DOSE 1 DAN DOSE 2
  • Aku Bukan Spoiler Fast & Furious: Hobbs & Shaw
  • NASI ARAB AL RAUDAH BANGI
  • Nivea Creme Sangat Sesuai Untuk Kulit Kering Dan Sensitif

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template