Sharing Is Caring

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 SABUN YANG SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT MUKA

Untuk korang yang selalu guna skincare brand korea, kompem korang pernah dengar set skincare daripada brand "Always Be Pure". Untuk brand ni, aku sekarang memang pakai pencuci muka dia ni dengan pelembab 'Forest Calming Cream'. Serious talk, aku memang fall in love dengan dua item dia ni so far. Okayhh..sekarang aku nak cerita dulu dia punya pencuci muka ni.

Harga Biasa: RM38/box (aku beli setelah diskaun around Rm32)
Ketahanan sabun/box: 6 minggu (sebulan setengah)
Struktur sabun: Buih banyak (tak  mudah cair/lembik)
Sesuai untuk jenis kulit: Normal/Sensitif/Kering

FREE from Alcohol, SLS,Paraben,Animal Part

Nah.. aku sertakan sekali list ingredients dia supaya senang korang nak double check. Yang penting sekali, dalam sabun ni ada Niacinamide.

Masuk yang ni..adalah sabun ke-3 aku pakai. Serius besttt sebab dia tak keringkan kulit. Korang pernah tak pakai pencuci muka yang buat kulit korang tegang gilerr lepas cuci muka, lepas tu kulit muka start rasa kejung dan kering. Pernah rasa takkk??? Ke kulit aku je yang jenis sensitif?? Tak best kannnn..

 Tapi, Mooncat soap ni totally different!!! Lepas pakai je, kulit jadi MOISTTT GILERRR BAK HANGG. Kulit tegang tapi moist.. Memang sesuai weyhh untuk jenis muka yang sensitif dan kering. Pastu dia wangiiiiii gilerrr!!! Yang paling aku perasan laa.. pori-pori kat muka yang dulu besar..macam dah berkurang (tapi diingatkan, natural produk ambil masa ea) dan rasa muka cam glowing-glowing sikit laa..kahkahkahkahkah. Perasan!!


Kalau korang beli sabun ni, dapat sekali dengan net soap tuuuuu. Nanti dah potong-potong sabun tu..masukkan laa dalam net tu. Tapi terpulang.. korang nak potong sabun tu ke, or pakai je seketul besar tu. Kalau aku, aku potong jadi 4 bahagian. hahhaha. Tapi net soap tu serius best jugak,, sb dia akan buat jadi buih sabun tu lagi banyak. Dah berbuih byk, ko cucilaa muka dgn buih tu. Jangan sental pulak net soap tu dekat muka tau..hahahhaha. Net soap tu function dia untuk bagi buih banyak gebu gebasssss jurr!!

So.. kalau korang rasa nk try beli..sangat recommended!! Membantu tak?? 
Selamat Mencuba..xoxoxo..









 YEAYYYYHHH..COMPLETE 2ND DOSE VACCINE!!!


HAHAHHAHAAH terasa hari bersejarah pulak bila dah complete 2 dose vaccine. Angan-angan nak balik kampung dah ni.. yelaaa mana taknyaa tahun ni tak pernah lagi balik kg. Sedih wooo..sob2x


Terpilih dalam golongan orang yang dapat vaccine jenis AZ. Perghhhhh!!!! Lama betholll nak tunggu 2nd dose. Jarak antara dose 1 dengan dose ke-2 adalah lebih kurang 9 minggu. Orang lain kejapppp je 2nd dose..kita berjanggut tunggu.

Okayhhh..actually..nak cerita kesan post effect lepas vaccine dose 1 dan dose ke-2. Diingatkan, Kesan setiap individu berbeza ea. Aku saja je nak share pengalaman..hehe


POST EFFECT SELEPAS SUNTIKAN VACCINE AZ DOSE 1
- Suntik petang, malam nya badan dah start menggigil demam.
-Keesokan pagi, perut rasa cramp
-Kepala rasa berat + pening
-Bekas tempat cucuk membengkak + kebas
-Hilang selera makan, tekak perit
-Badan sengal-sengal
-Recover sepenuhnya setelah 4 hari (4hb july suntik- 8hb baru betul-betul sihat)


POST EFFECT SELEPAS SUNTIKAN VACCINE AZ DOSE KE-2
-Suntik petang, malam takde rasa apa-apa lagi
-Keesokan pagi, baru badan rasa dedar (panas sikit), dan perut sedikit cramp
-Kepala rasa pening sikit
-Bekas tempat cucuk terasa kebas sahaja
-Selera ada tapi moderate
-Badan terasa sedikit sengal-sengal
-Recover sepenuhnya setelah 2 hari (5hb suntik, 7hb kembali seperti  biasa)



Kesan selepas suntikan dose 1 lebih teruk drp kesan suntikan dose ke-2. So, konklusion yang boleh aku buat selepas 2nd dose Az ni, badan aku dah recognize virus dan sistem imuniti badan aku dah build up untuk lawan virus yang masuk for the 2nd time. Harap imun dalam badan aku jugak dapatlahh lawan virus covid-19 yang mendatang nanti..inshaa Allah..hehe

So..korang macam mana pulak?? Ada yang alami benda yang sama???...





Sekarang tengah viral kannnn menu kfc ni orang cakap sama pedas macam ayam mcd. Apa maciammm??? kte try laaa.. nk tengok betul ke idok!!



Dapat je beli..kte terus tengok dalam dia ada apa. Zira beli set 9pcs punya. So, dapat 9 ketul ayam, 1 botol pepsi dan satu kentang goreng. Not included ea coleslaw dan whipped potato. Tu kena add on sendiri kalau pilih set 9pcs punya. Hehehe

Masukk je dalam kereta..terus ku bukakk bungkusan. Mula2x ternampak beg kentang gocang ni. Sejibikk oiii macam kentang mcd.hehe.. so kita shake2x laa2 dlm kereta terusss (tak sabar tunggu sampai rumah)

Perghh boleh tahan menusuk ke hidung pedas cili tu time nk tuang dalam beg ni. Terbersin jugak laa dlm kereta time ni hehe. Lepas je shake2x bagi sebati..terus aku ngap masuk dlm mulut. Suapan pertama, okeyhh boleh tahan pedas dia. Untuk org yg memang level pedas kaw2x macam aku; level 8/10, aku boleh cakap kentang goncang dia ni agak pedas. Terasa woii pedas dia dkt bibir ni haaa. So, yg tak makan pedas..toksah try kentang goncang ni. Ko makan kentang biasa je hahaha.

Lepas je try kentang goncang tu. Expectation aku terhadap ayam goreng dia pon tinggi laa (expect pedasss gilerrr). Sekali dah sampai rumah, aku try ayam dia...TAK PEDAS LANGSUNG!! HAHAHAHAHAH. Ayam dia agak juicy compared dgn ayam goreng mcd yg bagi aku agak kering. Tapi seriuss ayam kfc ni tak sepedas ayam mcd 3x pedas tu. Untuk org yg makan pedas..ayam ni langsung tak pedas wakakaka, Just naik 1/2 level je sikit drp ayam spicy hat biasa tu. 

So, bagi yang tak makan pedas..anda boleh try menu kfc extra hot baru ni sebab tak pedas ponnnn hehehehe. Tapi best sb dia juicy.. Sekiannn..review dari aku.

bye..selamat mencuba! xoxoxo





 






 



BAHAN- BAHAN;
    SEAFOOD (Ikut selera sendiri)
-Ketam
-Udang
-Sotong
-Lala

SAYUR
-Brokolli
-Jagung
-Lobak Merah

BAHAN KUAH KAMHEONG
-3 biji bwg besar**
-6 ulas bawang putih**
-1 inch halia**
-2 biji bwg merah**
-cili kering segenggam (rebus)**
-1 sudu besar udg kering**
-serai
-daun kari
-daun limau purut
-2 biji bwg merah (hiris)
-1 inch halia (hiris)
-1 packet kecil serbuk kari ikan
-1 kiub knorr ikan bilis
-sos tiram (agak-agak)
-kicap pekat manis (agak-agak)
-minyak masak
-sedikit butter
-Lemon

#blend semua bahan yang bertanda **

BAHAN KUAH BUTTERMILK
-5 ulas bwg putih (hiris)
-2 biji bwg merah (hiris)
-1 inch halia (hiris)
-daun kari 
-butter
-1 tin susu cair
-2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn air)
-sekeping cheese


CARA MEMASAK SHELLOUT KAMHEONG

1) Rebus kesemua sayur dan seafood. Letak tepi. Air rebusan seafood jangan buang..akan digunakan. Bahagikan seafood dan sayur kepada 2 bahagia. sebabnya kita nak buat 2 jenis kuah.

2) Tumis serai, daun kari, bwg merah dan halia sehingga kekuningan.

3) Setelah bahan tumisan kekuningan, masukkan bahan-bahan blend yang bertanda **

4) Masukkan sepacket kecil serbuk kari ikan. Kacau sehingga betul-betul pecah minyak.

5) Setelah pecah minyak, masukkan daun limau purut dan air rebusan seafood tadi sedikit demi sedikit. Kepekatan kuah ikut cita rasa. Nak pekat, tambah sikit je.. nak berkuah, lebihkan air.



6) Masukkan 1 kiub pati knorr ikan bilis dan kacau rata.


7) Masukkan sos tiram dan kicap manis. Gaulkan sebati. Perasakan ikut cita rasa masing-masing.
Boleh masukkan sedikit perahan lemon untuk bagi rasa masam-msam sikit

8) Masukkan sotong. Zira tak rebus dulu sotong sebabnya sotong cepat masak. Jadi kita masukkan je terus sotong.

9) Selepas tu, masukkan pula seafood yang telah direbus

10) Jangan lupa, Masukkan juga sayur-sayuran yang telah direbus tadi. Sayur tak perlu rebus lama. Cukup sekadar empuk

11) Gaul rata dan sebati kesemuanya. Dah sebati, boleh laa tutup api.

TADAAAAAAA!!! Siap sudah shellout kam heong kitaaaa!!!


CARA MEMASAK SHELLOUT BUTTERMILK




1) Cairkan butter. Tumis daun kari, hirisan bwg merah, bwh putih, halia sehingga naik bau dan kekuningan.

2) Setelah bahan tumisan kekuningan, masukkan 1 tin susu cair dan sedikit air rebusan seafood tadi.

3) Masukkan sekeping cheese untuk rasa creamy sedikit. Perasakan kuah dgn sedikit gula dan garam mengikut cita rasa.

4) Masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi kuah likat. Kepekatan kuah ikut cita rasa masing-masing. Boleh adjust.

5) Masukkan sotong dahulu. Sotong tak direbus sebab sotong senang je empuk.

6) Selepas itu, bolehlaa masukkan pula seafood yang telah direbus tadiiii..

7) Tak dilupakan..masukkan juga sayur-sayuran yang telah direbus.

8) Gaul sebati kesemuanyaa sekali.



Ashiappppppppppp sudahhh shellout buttermilk kita. Kompem terangkat..makan pon licin..

Selamat mencuba semua...xoxo..







































       



Newer Posts Older Posts Home

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Powered By Blogger

Archive

  • ▼  2021 (4)
    • ▼  September (3)
      • REVIEW MOONCAT SWEETPEA SOAP BY ALWAYS BE PURE
      • BEZA POST EFFECT LEPAS SUNTIK VACCINE AZ DOSE 1 DA...
      • BETUL KE MENU KFC TERBARU EXTRA HOT AND SPICY RASA...
    • ►  August (1)
      • RESEPI SHELLOUT HOMEMADE MUDAH DAN SENANG
  • ►  2019 (3)
    • ►  August (3)

Blog Archive

  • September 2021 (3)
  • August 2021 (1)
  • August 2019 (3)

ABOUT ME

ABOUT ME
Im ziera, a blogger and also professional wealth advisor

Advertisement

Responsive Advertisement
  • Home
  • About
  • Contact
  • RESEPI MASAKAN
  • _Multi DropDown
  • __DropDown 1
  • __DropDown 2
  • __DropDown 3

Popular Posts

Popular Posts

  • BEZA POST EFFECT LEPAS SUNTIK VACCINE AZ DOSE 1 DAN DOSE 2
  • Aku Bukan Spoiler Fast & Furious: Hobbs & Shaw
  • NASI ARAB AL RAUDAH BANGI
  • Nivea Creme Sangat Sesuai Untuk Kulit Kering Dan Sensitif

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template